no comments

Wan Chik Daud, Pembaca Berita Pertama Buat Permohonan Bertudung Di Kaca TV

Pembaca berita terkɛnal dan pelẫkon, Wan Chik Daud telah pun pergi buat selẫmanya pada September 2020 di usianya 80 tahun. Ramai pastinya tidak tahu jasa yang telah Allahyẫrham lakukan ketika dahulu.

Jika ada yang belum tahu, Allahyarham sebenarnya pernah membintangi filɛm arahan Tan Sri P Ramlee menerusi filem Do Re Mi terbitan Studio Merdeka. Malah, Wan Chik Daud juga adalah isteri kepada pelakon serba boleh, M Rajoli yang terlebih dulu menḭnggalkan kita pada 2010.

Tahukah, bahawa allahyarham sebenarnya pernah melakarkan sejarah sebagai pembaca berita pertama yang membuat permohonan untuk bertudung ketika di kaca TV? Namun, hal tu membuatkannya…

Ditukarkan sebagai penyampai radio, setelah permohonannya untuk bertudung ditolak

Mungkin generasi kini tak berapa kenal siapa dia – Wan Chik Daud. Beliau sebenarnya lebih sinonim dikenali sebagai pembaca berita RTM dan cukup terkenal suatu masa dulu. Kalau tak percaya, korang boleh tanya kepada mak ayah atau atok nenek korang.

Bagaimanapun, sejak merdeka nilai-nilai Islam dan imej pemakaian Islamik agak kurang diterima di kalangan masyarakat dan agensi-agensi tertentu. Contohnya, sehingga tahun 1970-an, masih ada pejabat dan bank yang melẫrang wanita bertudung dari masuk. Perkara ni jadi sebab, memakai tudung dianggap agak asing dalam kehidupan masyarakat Malaysia ketika itu. Ditambah lagi bila tudung hanya dipakai ketika majlis kenduri atau kematḭan sahaja.

Dan hal ni jugalah yang jadi pada stesen penyiaran terawal negara – Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ditubuhkan pada tahun 1946. Masa itu, pembaca berita wanita tidak dibenarkan bertudung ketika bersiaran di kaca TV.

Menjelang tahun 1984, Wan Chik Daud yang baru pulang dari mengerjakan haji, terbuka hati untuk memakai tudung dan hasrat tu disampaikan kepada RTM. Tapi malangnya, RTM menolak permohonan beliau sama sekali.

“Disebabkan keengganan menyampaikan berita tanpa bertudung, tiga bulan kemudian saya menerima surat bekerja sepenuh masa di radio. Bagaimanapun, saya tidak mendapat surat hitam putih memaklumkan tidak boleh bertudung kecuali ia diberitahu secara lisan saja ketika itu.” – Wan Chik Daud, katanya dipetik dari Harḭan Mɛtro.

Pada tahun sama juga, munculnya sebuah stesen TV baru yang sampai sekarang kita kenali sebagai TV3. Imej pembaca berita bertudung buat pertama kalinya disiarkan di kaca TV apabila…

Azura Abdul Karim jadi pembaca berita pertama yang bertudung di kaca TV

Kalau sebelum tu rakyat Malaysia hanya ada satu je stesen TV iaitu RTM, menjelang tahun 1984 muncul pula satu lagi stesen televisyen – TV3. Sejarah akhirnya tercipta pada 15 November 1996 di saluran itu, apabila buat kali pertamanya seorang pembaca berita wanita bertudung ditampilkan di kaca TV. Pembaca berita tu tak lain dan tak bukan adalah Azura Abdul Karim.

Penampilan Azura yang bertudung tu seterusnya menaikkan namanya di kalangan masyarakat, sehingga beliau menerima banyak jambangan bunga sebagai tanda penghargaan. Sejak itu, TV3 semakin mula melonggarkan polisi mereka, sehingga munculnya lebih ramai pembaca berita dan pengacara yang bertudung.

Tapi dalam masa sama, RTM masih tegas dengan pendirian melarang pembaca berita bertudung ketika bersiaran. Hal ni hanya tamat…

Setelah 62 tahun, RTM akhirnya benarkan pembaca berita bertudung

Walaupun selepas itu penampilan bertudung mula diterima dan menjadi kebiasaan, hal ni tak jadi kepada penyampai berita RTM sampailah pada April 2008. Ini kerana, hanya pada tahun itu – pihak kerajaan meluluskan kebenaran kepada penyampai berita RTM bertudung untuk tampil di kaca TV.

Rentetan dari keputusan tu, Hamidah Hamzah menjadi penyampai berita RTM pertama yang menampilkan imej bertudung ketika bersiaran untuk Dunia Hari Ini (11 malam) dan Warta 1.30 pagi.

“Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira. Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ia dibenarkan untuk dilaksanakan.” – Hamidah Hamzah, katanya dipetik.

Keputusan RTM ini juga menerima reaksi positif dari pelbagai pihak, khususnya Wan Chik Daud yang selama ni mahu melihat perubahan di RTM. Kini, melihat pembaca berita bertudung di kaca TV bukan lagi perkara yang aneh dan dah dianggap normal oleh semua pihak. Walaupun mengambil masa yang agak lama, nampaknya RTM telah membuktikan yang ia tetap peka dengan kehendak sekeliling dan menghormati kebebasan memilih kakitangannya.

p/s- Bagaimanapun pada hari ini, walaupun negara kita dikenali sebagai ‘Negara Islam’ dan sudah bebas dari cengkẫman penjẫjah, namun masih ada lẫrangan-larẫngan yang ditetapkan oleh sesetengah agensi dan syarikat yang menyɛkat wanita Muslim untuk terus bertudung ketika bekerja.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close