Hari Kebangsaan Malaysia
Hari Merdeka
Kemerdekaan Malaysia juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka yang disambut dengan penuh semangat di seluruh negara setiap 31 Ogos. Ini adalah hari yang menandakan pembebasan negara daripada penjajahan sejak 1782 hingga 1957.
Perayaan ini meliputi perarakan meriah, pertunjukan seni dan berbagai acara yang diadakan di lokasi-lokasi tertentu pada setiap tahun.
Suasana meriah ini dimulai dengan bunga api berwarna-warni yang memenuhi langit menjelang pukul 12.00 malam. Perarakan diwakili oleh berbagai agensi juga dapat lagi memeriahkan hari bersejarah ini terutama di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Manakala di Putrajaya pula, sambutan yang hebat juga dirasai oleh orang ramai dengan bangunan perniagaan dan rumah turut dihiasi dengan Jalur Gemilang menambahkan lagi keceriaan dan semangat perayaan. Hari Kebangsaan adalah hari umum di Malaysia yang dinanti-nantikan setiap tahunnya.
Sejarah
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, wilayahnya merentasi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera, menyaksikan kegemilangan yang memukau. Namun, selepas jatuhnya Melaka, Tanah Melayu berpindah tangan di antara kuasa penjajah – Portugis, Belanda, dan British. Era penjajahan terus berlanjutan dengan kemaraan Jepun pada 1941, yang membuka babak baru dalam sejarah Tanah Melayu. Meskipun demikian, penyerahan Jepun pada 1945 selepas pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki mengakhiri penjajahan tersebut. Pada tahun 1946, penubuhan Malayan Union oleh British memicu tentangan keras dari orang Melayu, yang menolak penghapusan hak keistimewaan mereka. Semangat perjuangan terus tumbuh di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang membentuk Parti Perikatan pada 1952, menggerakkan langkah menuju kemerdekaan yang semakin nyata bagi Tanah Melayu.
Bunga Raya melambangkan Bunga Kebangsaan Negara
Rukun Negara
Rukun Negara yang telah diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.
Prinsip Rukun Negara – Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan, sebenarnya adalah satu falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan, perpaduan bangsa serta pedoman kepada kehidupan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara.
Sambutan Hari Kemerdekaan amatlah penting untuk menyemai nilai patriotisme dalam masyarakat. Kesibukan kerja dan hiburan teknologi mengurangkan sikap patriotik.
Cinta negara membantu rakyat melindungi kedaulatan negara. Media massa boleh memainkan peranan dengan menyiarkan kandungan patriotik. Manakala sambutan ini juga dapat diadakan di sekolah dan institusi pengajian kerana generasi muda adalah masa depan negara. Seperti kata peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”