Ubah Buku Teks Sejarah: Aktivis PH Mahu Perjuangan Komunis Diiktiraf
Satu forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’ yang dianjurkan oleh Imagined Malaysia bagi membincangkan peranan komunis sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ telah diadakan semalam.
Dalam forum berkenaan, beberapa panelis/aktivis menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah yang sedia ada dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.
Menurut aktivis PH, Fadiah Nadwa Fikri, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan di dalam buku teks sedia ada walaupun para pejuang berkenaan turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.
Dia yang juga seorang peguam menjelaskan, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah bagi memberi kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.
“Saya tidak mengatakan buku-buku teks ini salah, cuma, terdapat fakta-fakta yang tidak tepat dan perlu diubah (dengan memasukkan) sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
“Fakta yang ada (dalam buku teks Sejarah) mengenai satu pihak (sahaja), sedang dalam perjuangan kemerdekaan ada banyak pihak lain yang terlibat,” katanya selepas forum itu.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu takut untuk memasukkan sejarah perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri kerana ini adalah perkara yang telah berlaku pada masa lampau dan telah direkodkan.
Di dalam forum yang diadakan sempena program A People’s History of Malayan Emergency itu, Fadiah Nadwa turut menyatakan PKM memperjuangkan keadilan sosial, demokrasi tulen dan keamanan dunia.
Pendapat sama turut diberikan oleh seorang lagi panelis, Fahmi Reza yang mendakwa buku teks sedia ada merupakan satu alat propaganda politik kerajaan sebelum ini.
Pereka grafik itu turut mempertikaikan kredibiliti penulis buku-buku Sejarah tersebut adalah ahli parti kerajaan pemerintah sebelum ini.
Fahmi menegaskan, buku-buku tersebut sepatutnya menjadi naskhah sejarah sebenar dan tidak seharusnya dijadikan alat propaganda politik oleh mana-mana pihak terutamanya oleh kerajaan baharu.
“Saya sendiri akan menentang jika kerajaan baharu ini melakukan demikian (menjadikan buku teks tersebut propaganda politik).
“Lebih baik tidak payah ditulis semula jika buku-buku sejarah ini akhirnya hanya akan menjadi alat,” katanya.
Rancangan dan usaha untuk iktiraf perjuangan Komunis itu bagaimanapun telah dibantah sekeras-kerasnya oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) yang mewakili lebih 70,000 ahli.
Presidennya, Ismail Abidin menegaskan, tindakan kejam komunis yang membunuh rakyat tanpa mengira kaum termasuk anggota tentera dan polis sama sekali tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila.
Katanya, usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis itu bukan sahaja biadab sebaliknya merupakan langkah yang tidak masuk akal selain boleh mengguris perasaan rakyat di negara ini khususnya anggota keselamatan.
“Kita memang menentang habis-habisan sebarang usaha mengiktiraf perjuangan komunis ini. Jangan sesekali ubah sejarah mengenai komunis ini, komunis ini semua sedia maklum adalah satu gerakan yang jahat dan kejam.
“Ramai pejuang kita mati kerana kekejaman komunis ini, tiba-tiba hari ini ada pihak lain pula yang hendak terima perjuangan komunis ini,” katanya.
Ismail yang juga Yang Dipertua PVATTBM cawangan negeri berharap kerajaan Pakatan Harapan tidak melayan atau sesekali terpengaruh dengan gesaan pihak tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis.
Sementara itu, UMNO juga menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak yang mahu menghidupkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan berkenaan hanya akan membangkitkan api kemarahan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Katanya, pada masa sama tindakan itu akan berbahaya kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Tindakan itu juga bahaya kepada sistem Raja Berperlembagaan di negara ini dan UMNO tidak boleh bertolenrasi dengan perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.
Annuar berkata, kerajaan diminta mengambil tindakan tegas dan tidak berdiam diri dengan menyatakan perkara itu adalah kebebasan untuk bersuara.
Katanya, UMNO tidak akan berdiam diri terutama dalam usaha menukar fakta sejarah ini.
“Memang betul PKM menentang Jepun bersama dengan Parti Perikatan, tetapi mereka tidak mahu merdeka mengikut cara yang diinginkan sebaliknya mahu mengambil tindakan bersenjata.
“PKM ketika itu mahu menjadikan Malaya sebagai sebuah republik dan perkara itu ditentang Parti Perikatan. Ini fakta yang sebenar, jangan hendak mengubah sejarah… apa tujuan pun saya tidak tahu,” katanya.
“Saya berani untuk berbahas fakta sejarah ini, jangan cuba hendak mengubah fakta dan cubaan ‘testing the water’. Ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Annuar berkata, tindakan Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran menyatakan orang Melayu adalah pendatang sebagai biadap.
Malaysians who are sixty-five today, do not know the resistance of the Communist Terrorists. They do not know who General Templer was, much less have a glimpse of Henry Gurney, who was ambushed by the insurgent communists in 1951.
General Templer was the man who quelled the onslaught of the Communist Terrorists in Malaya, then. Indeed, he was the man who defeated the guerrillas ultimately.
Communist ideology started in Malaya in 1933. The movement escalated until 1948 when it decided to take arms against the government. Communism in Malaya was not started by the natives or the locals; not from the grievances of the workers, or from the desire for national freedom.
It was started by a number of ethnic Chinese in Malaya. They were influenced by the Communist Party in China, which in turn was injected by the Russian, the mother of all Communist organizations.
In 1952, General Templer took command of the operations of subduing the threat of the Communist Terrorists. Templer was in the midst of the Arab revolts in Palestine in 1947. He was surprised that the Chinese were revolting instead of the Malay Muslims.
His first task was to counter-attack the insurgency, by destroying the communist terrorists’ ideology. This was the root which taught the people to hate the authorities. Chinese schools and Chinese newspapers were strictly regulated by the authorities.
He regroups the ethnic Chinese peasants, who were scattered within the jungle areas. They were suspected as both victims and sympathizers of the communist terrorists. These ethnic Chinese were resettled in new villages guarded by security forces.
Curfews were imposed in almost all over the country. All persons, including the new villagers, were allowed to go out and work from six o’clock in the morning until six in the evening. There was an instance, Templer blamed the locals for not cooperating with the security forces. He imposed a 24-hour curfew, cut rations, close schools and stop bus services.
He was prepared to take drastic measures. He promised security and prosperity and successfully encouraged Malaya’s Chinese to support the government rather than the Communists.
Malayan nationals feared that Templer would delay Malaya’s progress to self-government; however, Templer announced that the job of the British army was to bring peace in Malaya. Some of the Communists felt that their struggle was useless, and many took the offer to surrender themselves.
In 1953, General Sir Gerald Templer came to Kelantan to meet and give moral support to the Europeans living in the State. He stopped at Kota Bharu to meet the Sultan and all the Malay Datok and immediately proceeded to Kuala Geris, Railway Station, where all the Europeans’families were gathering.
In May 1954, Templer left and returned to England.