no comments

Individu Ini Dedah Beza YB Yang Buat Kerja Untuk Rakyat dan Buat Kerja Untuk Diri Sendiri, Boleh Nampak..

Tidak lama lagi, kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November akan datang. Parti politik masing-masing sudah mempersiapkan jentera untuk menambat hati rakyat dan kawasan yang dipertandingkan. Inilah peluang buat rakyat Malaysia memilih sekali lagi parti yang layak untuk mentadbir dan menguruskan negara dengan baik.

Ini sangat penting supaya negara dapat diurus dengan amanah, telus dan bersih tanpa sebarang pecah amanah dan amalan rasuah. Baru beberapa jam yang lalu, individu ini telah mendedahkan satu pandangan yang boleh kita pertimbangkan untuk bersetuju ataupun tidak.

Perkongsian individu yang dikenali sebagai Safuan Borhan ini telah mendapat 100 lebih komen dan 35 share setakat ini. Beliau mengutarakan pandangan peribadi beliau berkenaan seorang Yang Berhormat atau YB yang benar-benar bekerja untuk rakyat dan YB yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Berikut antara tangkap layar ciapan beliau di facebook.

Penulisan PRU akan datang.

Kalau siapa yang follow aku dah lama, dorang tahu lah aku berat ke belah mana.

cuma petang ni aku nak menentang arus dengan beri pujian kepada seorang YB dari terengganu.

lepas PRU lepas, keluar kat newsfeed aku. ada seorang doktor gigi ni jadi YB under tiket PAS.

aku pun pelik, macam mana aku boleh masuk see first untuk fb aku. Bermula dia menang dari PRU lepas, dia dapat jawatan exco uruskan pertanian dan perikanan untuk terengganu.

setiap hari dia update aktiviti dia, banyak aktiviti yang dia laksanakan.

Dia sendiri turun laut dengan nelayan, kaji geo factor lokasi, pasang unjam, tukun untuk biakkan lebih banyak ikan di laut terengganu.

Kita maklum terengganu antara negeri keluarkan ikan di malaysia. Banyak benda aku belajar hal perikanan sebagai knowledge aku dari fb doktor ni.

Dia juga banyak struktur semula GLC under kerajaan negeri, dari rugi masa zaman BN, lepas dia ambil alih urus glc tersebut mula lah bernafas dan raih beberapa kejayaan kecil.

aku puas hati tengok aktiviti Dr ni selaku exco pertanian perikanan untuk negeri terengganu. Terlalu banyak aktiviti yang beri manfaat untuk rakyat terengganu yang undi beliau.

sesekali itu, aku rujuk lah fb exco pertanian negeri lain, mahupun menteri pertanian kita.

Hampeh seribu kali hampeh.

Rasa nak maki kalau aku bandingkan gerak kerja orang buat kerja untuk rakyat dengan orang buat kerja untuk diri sendiri.

rakan yang rapat aku faham lah,

aku selalu je screenshot beri pujian kat rakan aku yang lain. terutama rakan aku yang anti PAS.

aku ni di kira status anak muda.

aku nak lihat ada satu anjakan baharu di kalangan pemimpin kita. Tapi kita kena lah bermula dengan ubah cara kita fikir.

secara terus terang, aku sendiri tak suka ramai pemimpin pas terutama yang banyak keluar isu poligami dan isu tibai pemimpin parti lain.

tapi benda tu tak halang aku untuk suka dan puji orang yang benar-benar layak untuk jadi pemimpin dedakasi untuk uruskan negeri mahupun negara.

bagaimana aku letakkan satu aras gerak kerja sebagai tiket untuk aku idolakan pemimpin yang ada.

walaupun posting aku ni memuji hanya seorang exco dari PAS

tapi aku yakin, ada je lebih ramai pemimpin PAS yang bagus dan dedikasi.

Bijak susun atur gerak kerja untuk rakyat.

Begitu juga pemimpin DAP,

aku sendiri ikut beberapa fb pemimpin dan segala berita mengenai pemimpin dari parti tersebut.

Malahan ada je rakan aku yang kerja di bawah kementerian yang beliau terajui.

Banyak perkara yang baik dan baharu yang mereka bawa. Budaya menjilat, menghabiskan duit dengan jamuan meraikan pemimpin antara benda yang tak nak lihat lagi.

tapi untuk posting kali ni,

aku nak fokus beri pujian kat Dr Azman Ibrahim .

Jika aku pengundi kawasan dia, aku pasti undi di untuk jadi yb adun aku tapi kalau parlimen aku konsisten nak kan anwar untuk bawa perubahan.

tapi kalau orang macam dr azman ni calon untuk jadi PM malaysia satu hari nanti, mungkin aku sendiri akan ubah haluan yang baharu untuk undi parlimen.

bayangkan yer, dari hari pertama jadi YB pru lepas, doktor ni konsisten fokus gerak kerja.

Posting berkaitan hal politik pun jarang sekali lah dia update.

harap lebih ramai orang macam dr ni akan lahir bawa PAS lebih di terima rakyat.

aku dah boring tengok berita pak lebai yang hari hari kafirkan orang, ibliskan orang. Belum lagi pak lebai yang asyik keluar berita poligami “

Kredit: Safuan Borhan

Begitulah antara pandangan peribadi beliau mengenai perbezaan YB yang benar-benar bekerja dan YB yang bekerja hanya untuk berkempen sahaja. Walaupun pandangan beliau ini dilihat bias kepada Dr Azman, En Safuan juga turut memuji YB dari mana-mana parti politik yang buat kerja walaupun dari parti politik yang tidak disokongnya.

Budaya politik matang ini harus diterapkan oleh masyarakat Malaysia, ini bukan sekadar memilih parti politik, tetapi faktor individu juga harus dilihat sama dan menilai hasil kerja satu penggal yang telah dilakukan sebelum ini. Anda semua mempunyai hak untuk memilih pihak yang dilihat paling layak untuk mentadbir negara dan negeri. Kuasa memilih terletak di tangan anda, paling penting, selepas PRU-15 nanti, kita inginkan kestabilan politik yang lebih baik dan tiada lagi siri pertukaran kerajaan berkali-kali yang berlaku pada penggal ke-14 baru-baru ini.

Reply