no comments

Tun M Lantik Diri Sendiri Sebagai Pengerusi Baru KHAZANAH

Kerusi jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang kosong selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya baru-baru ini telah ambil alih oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

Pejabat Perdana Menteri juga mengumumkan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang juga ahli majlis penasihat kerajaan, juga disenaraikan dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Dua lagi ahli lembaga pengarah yang lain ialah Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin. Manakala, pengarah urusan Khazanah pula akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Sukhdave merupakan bekas timbalan gabenor Bank Negara manakala Goh adalah pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad dan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pembangunan pasaran.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai pengerusi Khazanah pada 31 Mei selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.

Sukhdave meletak jawatan dari Bank Negara pada November tahun lepas, sebulan sebelum umur persaraannya.

Bank Negara, dua bulan kemudian pada Januari 2018, mengumumkan pemerolehan tanah seluas 22.5 hektar daripada kerajaan dengan nilai RM2 bilion.

Kerajaan terdahulu (BN) kemudian menggunakan dana itu untuk menyelesaikan hutang 1MDB daripada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim kemudian meletak jawatan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan.

Tun Mahathir sejak memimpin Pakatan Harapan dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum ini, telah menolak beberapa permintaan untuk pelantikan daripada pengarah urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, yang membawa kepada peletakan jawatan lembaga pengarah urusan syarikat GLC itu secara beramai-ramai.

Tun M menerima peletakan jawatan berkenaan dengan mengatakan ‘tidak semua terlibat dalam salahlaku’ tetapi kerajaan tidak boleh membiarkan ia berterusan.

Bagaimanapun, pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah itu jelas melanggar janji yang terkandung dalam manifesto PH.

Dalam janji kerajaan Pakatan HARAPAN itu tertulis, “pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC Nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.”

Reply