no comments

“Dah Tukar Nama.. Dulu FELDA, Sekarang ‘Failed Dah’..” – Chef Wan

Sebagai anak kelahiran peneroka, Chef selebriti Chef Wan, turut mengkritik dan mengakui geram, kecewa dan sedih berhubung skandal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menyatakan rasa berangnya itu di Instagram beliau dengan tulisan pedas: “Dulu, felda. Now, failed dah.”

Dalam kapsyen, beliau yang juga anak peneroka itu, berkata keluarga-keluarga Felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit hati melihat tahap dicapai Felda sekarang ini.

“Tak rasakan kamu kami berhak geram dan rasa dikhianati?” katanya.

“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang beritahu saya, saya tiada hak berasa marah dan tertekan lihat segala pengorbanan arwah ayah, malah saya sendiri waktu remaja ketika membesar di Felda.”

Chef Wan turut mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terima bulat-bulat apa-apa maklumat yang disampaikan.

Dalam status itu, beliau berkata, seharusnya orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menimbang baik dan buruk sesuatu cerita yang ditimbulkan, bukan terus percaya dengan sembarangan sahaja.

“Tiada apa untuk diberi penekanan kerana semua sudah sedia maklum mengenai isu yang sudah dilaporkan di media sejak akhir-akhir ini. Perkara yang benar tetap benar,” kata chef berusia 59 tahun itu.

Chef Wan juga menyelar “penyamun-penyamun” yang patut dibawa ke muka pengadilan dan dihukum bagi menyelamatkan imej negara yang sangat memalukan.

Dalam pada itu, beliau, yang juga merupakan anak peneroka Felda, melahirkan kekecewaan atas isu dan kontroversi yang melingkari agensi itu.

“Beri saya satu sebab kenapa sebagai anak Felda saya tidak rasa kecewa dengan segala apa yang sudah terjadi (kepada Felda) dan bersuara?” soalnya lagi.

Felda kini terpalit skandal terbaru melibatkan kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah itu dilaporkan sudah membuat laporan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting dalam siasatan kes ini akan dipanggil pada minggu depan.

Malaysiakini, Astro Awani

Reply