no comments

Terengganu Akhirnya Dapat Semula Royalti Minyak

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyalurkan kembali wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana mentadbir parti berkenaan.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan sebentar tadi.

Ujar beliau, jumlah peratusan royalti dan butiran lanjut mengenainya masih belum diperincikan.

“Sebelum ini (semasa kerajaan dahulu) wang berkenaan diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan, contohnya.

“Tetapi akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana tadbir negeri itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat yang dipengerusikan Dr. Mahathir itu di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Terengganu tidak menerima royalti minyak sejak 2000 sebaliknya menerima wang ehsan.

Sabah dan Sarawak pula menerima 5% royalti minyak manakala Kelantan menerima wang ehsan minyak sejak 2010.

Ahmad Samsuri berkata wang ehsan itu disalurkan kepada agensi pusat di negeri seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan sebelum ini.

“(Royalti minyak) akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri tidak kira dari parti mana, termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Berhubung peruntukan untuk anggota Parlimen yang diumumkan Dr Mahathir semalam, Ahmad Samsuri berkata Terengganu menghargai pemberian yang diberikan.

“Saya ucapkan terima kasih walaupun jumlah tidak sama tetapi pemberian tetap pemberian… sedikit atau banyak ia satu perkara kita hormati.

“Kita amat menghargai komitmen kerajaan pusat untuk membantu kerajaan negeri tanpa mengira parti politik,” katanya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close