no comments

Pengerusi FELDA Pula Letak Jawatan!

Selepas 16 bulan mengetuai Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa hari ini.

Shahrir berkata, surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan di dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baru.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga FELDA di atas sokongan dan kerjasama baik sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi FELDA dalam usaha membawa FELDA ‘Balik ke Asal’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Portal The Star Online melaporkan satu jamuan perpisahan diadakan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal hari tadi. Pengganti Shahrir tidak dinamakan.

Shahrir dibawa masuk ke Felda oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada januari tahun lalu dengan tugas untuk memperbaharui agensi bermasalah itu.

Namun pada pilihan raya minggu lalu, Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu ditumbangkan oleh pendatang baru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR yang menang dengan hampir 20,000 majoriti.

Reply