no comments

Serbuan Polis Di Rumah Ibu Najib Hampa…

Serbuan yang dilakukan oleh pihak polis di rumah ibu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, Kualan Lumpur, petang tadi hampa.

Sumber polis berkata serbuan yang melibatkan 14 anggota itu dibuat kira-kira pada pukul empat petang (waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).

Difahamkan polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan, tetapi pulang dengan tangan kosong.

Mengulas serbuan itu, ketua peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata: “Ya, kejam bagi mereka untuk takutkan wanita itu dan tak jumpa apa-apa pun di rumahnya.”

“Polis datang untuk memeriksa kediaman ibu Najib, hampir seluruh rumah diperiksa namun saya difahamkan tiada sebarang benda diambil oleh mereka.

“Tindakan ini dilihat seperti tidak adil, apa kaitan Tun Rahah dalam kes Najib, kalau mahu buat pemeriksaan mesti ada sebab yang munasabah,” katanya.

Serbuan itu di saat Najib berdepan 25 pertuduhan di mahkamah berkenaan dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Najib tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Ia berhubung wang berjumlah RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Ambanknya, yang didakwa pihak berkuasa diselewengkan daripada 1MDB. Najib bagaimanapun berulangkali mengatakan ia sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudian membenarkan beliau diikat jamin RM3.5 juta dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut membenarkan Najib membayar wang jaminan RM3.5 juta secara ansuran dengan membayar RM1 juta esok dan selebihnya sehingga 28 September ini.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close