no comments

Senarai Penuh Menteri Kabinet Tertiris

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media berkata; nama senarai kabinet penuh telah dimuktamadkan.

Susulan itu, pagi ini tersebar senarai menteri dan timbalan menteri tambahan yang bakal dilantik bagi memenuhkan menteri persekutuan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Dalam senarai itu, terdapat 28 kementerian di bawah Kabinet tersebut termasuk beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Pembangunan Usahawan.

Bagaimanapun, kesahihan senarai itu masih diragui berikutan terdapat beberapa kesalahan ejaan pada nama calon menteri dengan perkara “Rahsia” ditulis pada imej dokumen tersebut.

Dalam imej itu, posisi Menteri Luar Negeri bakal diisi oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah, Khalid Samad, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamad Ketapi.

Manakala, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof.

Turut membarisi Kabinet Harapan, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

Bagi kerusi Timbalan Menteri untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Chong Chieng Jen, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Kementerian Industri Utama dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Selain itu, timbalan menteri untuk Kementerian Kerja Raya, Annuar Tahir, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin serta Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, Dr Mohd Farid Md Rafik.

 

Turut dinamakan untuk jawatan Timbalan Menteri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah di Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan, Kementerian Pelajaran, Teoh Nie Ching dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat, Sivarasa Rasiah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Ahmad Termizi Ramli, Kementerian Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee, Kementerian Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar, Kemterian Pertanian, SimTze Tzin dan Kementerian Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Senarai lain, Kementerian Wilayah, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Bakhtiar Wan Chik, Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis, Kementerian Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menempatkan, Dr Ong Kian Ming.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, senarai nama menteri Kabinet tersebut telah diperkenan oleh Yang Di-pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun.

Istiadat mengangkat sumpah baki jawatan menteri dan timbalan menteri kabinet akan diadakan pada 2 Julai ini (Isnin) di Istana Negara.

Reply