Magis PRU! Harga Petrol & Diesel KEKAL Untuk 3 Minggu Berturut-Turut!
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang kurang sebulan sahaja lagi, harga runcit minyak Malaysia diperlihatkan terus kekal untuk 3 minggu berturut-turut.
Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 tetap diniagakan pada harga RM2.20 seliter dan RON97 pula RM2.47 seliter.
Harga jualan semasa diesel pula masih RM2.18 seliter.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.
Harga ketiga-tiga bahan api itu kekal berkuatkuasa bagi tempoh tengah malam ini (12 April) hingga Rabu depan 18 April 2018).