no comments

PRU14: Parlimen Dijangka Akan Dibubar Pada Hari Rabu!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen seminggu selepas perayaan Tahun Baru Cina, Februari depan menurut kajian Institut Darul Ehsan (IDE).

Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebiasaannya Parlimen akan dibubarkan pada Rabu.

“Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 23 Jun 2018. Dan tarikh terakhir kalau nak dibuat dalam bulan Jun ini mestilah dibuat pada 12 Mei.

“Sebabnya 12 Mei itu pada Sabtu. Minggu berikutnya sudah puasa. Dari logistiknya tidak pernah pilihan raya dibuat pada bulan puasa.

“Kenapa hari Rabu? Biasanya Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet, lepas pengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir, lepas itu menghadap Yang Dipertuan Agong. Kebiasaannya.

“Bermakna, tarikh yang paling awal berkemungkinan ialah seminggu selepas Hari Raya Cina. Paling lewat, adalah 12 Mei kerana minggu berikutnya adalah Ramadan,” katanya pada Rabu.

 

Sementara itu, Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada malam rabu lepas, bagaimanapun tidak membincangkan soal tarikh, kerusi atau calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mesyuarat hampir dua jam itu hanya membincangkan isu persiapan dan kesiapsiagaan jentera parti komponen BN.

Beliau berkata, isu calon dan tarikh PRU kebiasaannya tidak dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Tidak…(isu calon dan kerusi) tidak dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Tiada tarikh dibincangkan. Ia hanya berkisar soal persiapan (menghadapi PRU-14)… kita ada masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Dewan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak diadakan selepas majlis pelancaran portal BN, therakyat.com.

Kinitv,BHarian

Reply