no comments

P0lis Isytihar Jalan Inai, Bukit Beruntung Sudah Bersih Darip4da Kelibat Warg@ Bangladesh

Kebanjiran pekerja warga asing di negara ini amat membimbangkan. Peningkatan warga asing dari aspek sosial boleh membawa kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Perkara ini berlaku jika warga asing yang masuk secara haram tidak mendapat pekerjaan atau tidak bekerja yang mendorong mereka untuk melakukan aktiviti jenayah bagi mendapat sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka di negara ini.

Sehubungan itu pihak polis telah mengesahkan tiada lagi warga Bangladesh yang mendiami rumah di Jalan Inai, Bukit Beruntung, dekat Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata hasil siasatan mendapati, pihak pengurusan sebuah pasar raya besar sudah menamatkan kontrak kerja mereka.

Katanya, mereka kini ditempatkan di sebuah lokasi sebelum dihantar pulang ke negara asal.

“Kita mengerahkan anggota untuk membuat pemantauan di Jalan Inai selepas menerima maklumat berkaitan isu berbangkit.

“Hasil pemeriksaan, tiada lagi warga Bangladesh tinggal di kawasan itu. Pihak pengurusan sebuah pasar raya besar pula memaklumkan mereka sudah ditamatkan kontrak kerja.

“Ejen yang membawa mereka ke negara ini dalam proses untuk menghantar warga Bangladesh itu pulang ke negara asal,” katanya hari ini.

Sebelum ini, beberapa klip video tular menerusi media sosial, mendakwa warga Bangladesh menggunakan rumah di kawasan itu sebagai pusat transit sebelum menuju ke destinasi seterusnya.

Kehadiran warga asing itu yang dikatakan tidak mempunyai permit perjalanan sah, turut menimbulkan kebimbangan penduduk setempat mengenai kewujudan kluster baharu COVID-19.

Kebanjiran pekerja asing termasuk sebahagian dari mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah adalah antara faktor penyumbang utama kadar pengangguran negara.

Statistik Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan jumlah pekerja asing aktif terkini adalah sebanyak 2.3 juta orang merangkumi 14.74 peratus daripada jumlah keseluruhan 15.6 juta tenaga buruh di Malaysia (data 2019).

Jabatan Perangkaan Malaysia pula menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia (lebih 10 peratus). Itu belum dikira para pendatang tanpa izin (PATI) yang juga dianggarkan mencecah jumlah jutaan orang.

Reply