no comments

‘Najib Takkan Terlepas Hukuman’ – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media tadi berkata; Datuk Seri Najib Razak akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui bukti kukuh untuk mendakwanya.

Tun M berkata demikian mengulas berhubung tahanan reman dikenakan terhadap bekas pegawai khas Najib bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, buat masa ini, Najib masih lagi disiasat SPRM dan sekiranya bukti jelas mensabitkan beliau bersalah maka tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang.

“Sekarang ini Najib sedang disiasat, kalau ada bukti jelas bahawa beliau bersalah.

“Maka tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang,” katanya.

Hari ini, bekas pegawai khas Najib diremah tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyelewengan 1MDB.

Jurucakap SPRM, berkata suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada jam 9.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki berusia 42 tahun bergelar ‘Datuk’ itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu, malah suspek dikatakan berkhidmat sejak tahun 2009 sebagai pengawai khas mantan perdana menteri itu

Reply