1 comments

Semua Naik! Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga 10 Januari 2018

Masuk minggu pertama tahun 2018, harga kedua-dua bahan api petrol dan diesel untuk seminggu ke hadapan mengalami kenaikkan. Ia selepas harga bagi petrol turun satu sen minggu lalu. Bagi pengguna diesel pula, ini mungkin berita yang tidak menyeronokkan; harganya naik lagi – semuanya naik antara tiga hingga enam sen.

Bermula tengah malam nanti, harga bagi petrol RON 95 akan dinaikkan sebanyak tiga sen, menjadikan harga runcit seliter dijual pada harga RM2.29. Kenaikkan yang sama turut melibatkan RON 97 naik tiga sen kepada harga RM2.56 seliter.

Harga bahan api diesel pula terus meningkat, kini naik enam sen berbanding minggu lalu. Diesel Euro 2M akan dijual pada harga RM2.32 seliter, manakala diesel Euro 5 akan dijual pada harga RM2.42 seliter.

Harga runcit terbaru ini akan berkuatkuasa tengah malam nanti (4 januari) dan akan kekal sehingga Rabu minggu depan, 10 Januari 2018.

Paultan

One Response

  1. soffy

Reply