no comments

Kembali Naik! Harga Baru Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga Rabu Depan!

Selepas mengalami penurunan pada minggu lepas, harga bahan api petrol kembali naik pada minggu berikutnya bermula tengah malam ini.

Petrol naik sebanyak empat sen, manakala diesel pula kekal mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 turun naik sebanyak empat sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.57 seliter.

Manakala harga diesel pula kekal kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada petang Rabu dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 24 Januari ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan ini sudah berkuat kuasa sejak April tahun lalu lagi setelah subsidi oleh kerajaan ditarik balik.

Reply