Kembali Naik! Berikut Harga Baru Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga 7 Februari 2018!
Selepas mengalami penurunan pada minggu terakhir Januari 2018, harga baru untuk minyak petrol dan diesel bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari (rabu) kembali naik.
Harga runcit petrol naik sebanyak 2SEN, menjadikan RON95 kepada RM2.31 seliter berbanding RM2.29 seliter, manakala RON97 RM2.58 seliter berbanding RM2.56 seliter.
Harga bagi diesel pula naik sebanyak 3SEN kepada RM2.34 seliter, berbanding RM2.31 seliter. Kenaikan harga itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.
Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak oleh kerajaan.
Dengan kenaikkan ini, rakyat Malaysia sudah boleh berkira-kira untuk beratur mengisi minyak ‘full tank’ di stesen minyak berdekatan bagi mendapatkan harga murah 2sen seliter sebelum jam 12.oo tengah malam ini.