no comments

Minyak Naik Lagi! Bermula Jam 12 Malam Ini, Harga Petrol & Diesel Akan Naik Sebanyak…

Minggu lepas rakyat Malaysia sudah menikmati kenaikkan harga ketiga-tiga bahan api. Pada minggu ini derita berulang lagi apabila harga runcit minyak petrol dan diesel naik lagi antara 5sen hingga 7sen.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.38 seliter (lebih mahal 7sen), RON97 dengan harga RM2.66 seliter (naik 6sen) dan diesel pula RM2.25 seliter (naik 5sen).

Ini bermakna harga petrol kini mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.

Diesel pula buat pertama kali mencecah harga termahalnya mulai tengah malam ini.

Minggu lepas ia berada di kedudukan kedua termahal.

Menurut kerajaan, sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Harga baru ini akan berkuatkuasa serta-merta selama seminggu bermula jam 12 malam ini (16 November) hingga rabu depan (22 November 2017).

Malaysiakini

Reply