no comments

Menteri Balik Dari Sabah Tidak Kuarantin 14 Hari? Ismail Sabri Perjelas…

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di facebooknya hari ini memperjelaskan persoalan mengapa ada individu yang sebahagiannya adalah ahli-ahli politik tidak patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) kuarantin yang telah ditetapkan KKM selama tempoh 14 hari.

Menurutnya, ‘swab test‘ setibanya dari Sabah. Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat result. Jika result negatif perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin.

Ramai yang tanya kenapa bukan 14 hari?  Rentas negeri kita benarkan.

“Sabah sama lah dengan negeri lain. Seperti Kedah, terdapat kes mendadak kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari Kedah.”

“Namun kita buat swab test mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes. Swab test untuk kepastian status. Jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin.”

“Lagipun, seluruh Sabah tidak ‘red zone’ kecuali 4 daerah. Namun jika ada kontak rapat (close contact) yang positif, 14 hari kuarantin wajib, katanya.

Dalam perkembangan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan penularan kes jangkitan COVID-19 di Semenanjung, dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September hingga hari ini.

Ia membabitkan mereka ke negeri itu atas urusan kerja, bercuti mahu pun terbabit dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir Sabtu lalu.

“Sebanyak 63 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini dari 20 September hingga tengah hari ini, mempunyai sejarah pulang dari Sabah.”

Malah, setakat ini, sekurang-kurangnya ada dua kluster yang dikesan di Semenanjung, termasuk Kluster Bakawali di Johor yang diumumkan hari ini, yang kes indeksnya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Beliau berkata, pada hari ini saja, 17 kes positif baharu COVID-19 yang dicatatkan Kementerian Kesihatan membabitkan individu yang pulang dari negeri itu dengan sembilan daripada kes baharu itu dikesan di Selangor yang semuanya membabitkan warganegara.

Lapan lagi kes lain dikesan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya dan Perlis.

Reply