no comments

Senarai Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia

Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya.

Tiga pemimpin parti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

  • Kementerian Kewangan – Lim Guan Eng
  • Kementerian Dalam Negeri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Kementerian Pertahanan – Menteri: Mohamad Sabu

Dr Mahathir juga mengumumkan pelantikan beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan.

Mereka ialah:

  • Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan)
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara)
  • Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas)
  • Robert Kuok (ahli perniagaan)
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)

Tun M berkata; buat masa sekarang hanya tiga menteri bagi portfolio utama diumumkan manakala menteri bagi baki tujuh lagi kementerian termasuk Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan parti komponen PH sendiri termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.

10 ahli Kabinet baharu yang diterajui pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) difahamkan akan mengguna formula 3-3-2-2. Formula yang dimaksudkan merujuk kepada pembahagian portfolio dalam kalangan empat parti komponen Harapan.

DAP dan PKR masing-masing bakal mendapat tiga portfolio masing-masing, manakala Amanah dan Bersatu masing-masing akan diberi dua portfolio.

Sebelum ini, manifesto Harapan telah menggariskan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio Menteri Kewangan.

Reply