no comments

Khalid Ibrahim ‘Penasihat Ekonomi Terengganu’ Secara Sukarela

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah bersedia untuk membantu kerajaan PAS mentadbir negeri Terengganu.

Khalid, yang merupakan seorang tokoh korporat yang berpengalaman dan terkenal dengan dasar-dasar berhemah sepanjang masa, berkata; beliau yakin bahawa kemahirannya dapat membantu kerajaan negeri.

“Saya ada sedikit pengalaman dalam sektor korporat bersedia memberikan khidmat nasihat untuk menentukan pengurusan aset-aset Terengganu diurus dengan baik dan untuk kepentingan rakyat.”

Khalid bagaimanapun berkata beliau telah menegaskan kepada Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa bantuannya secara sukarela dan tidak mahu memegang sebarang jawatan.

“Saya berterima kasih kerana saya diminta untuk itu (jadi penasihat ekonomi). Saya hanya menerima jawatan itu sebagai sukarelawan tidak berbayar gaji sebab sebab saya tak nak bekerja,” jelas Khalid.

“Tumpuan utama bukan industri minyak, saya mempunyai sedikit pengalaman dari segi perladangan jadi oleh sebab itu dalam sektor itu saya akan tumpukan,” katanya diketika ditemubual oleh MalaysiaGazette selepas Majlis Berbuka Puasa Kerajaan Negeri Terengganu bersama Perantau Anak Terengganu di Pusat Konvensyen Bangi, malam tadi.

 

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapannya mengakui Kerajaan Pas Terengganu dikunjungi Abdul Khalid seminggu selepas membentuk kerajaan negeri.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya menawarkan jawatan Penasihat Ekonomi kepada Abdul Khalid susulan keupayaan dan pengalamannya dalam bidang korporat serta berjaya membangunkan Kerajaan Negeri Selangor ketika pentadbirannya sejak 2008.

“Langkah Kajang” pada tahun 2014 menyaksikan beliau digulingkan dari sebagai Menteri Besar Selangor dan kemudian dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun yang sama.

Mengulas iklim politik semasa berikutan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada 9 Mei, Khalid menasihatkan mereka yang berkuasa untuk memastikan kedamaian dan kestabilan negara.

“Untuk negara berkembang, ia mesti mempunyai kestabilan. Dalam hal ini politik mesti mengambil tempat duduk belakang dan memastikan kita mempunyai kestabilan di negara ini, “katanya.

Reply