Kalau Nak Jadi Rider Makanan, Fikirlah Banyak Kali Dulu, Abang Ni Kongsi Sebabnya..
Selepas kita dilanda zaman kejatuhan ekonomi ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebilangan besar rakyat Malaysia amat-amat terkesan dengan keadaan ini. Hal ini menyebabkan ramai yang terpaksa dibuang kerja.
Maka ramai yang dibuang kerja ini memilih untuk menjadi penghantar makanan sebagai pilihan utama pekerjaan. Pada peringkat awal, ianya dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam memastikan kelangsungan hidup mereka yang terkesan.
Ada dalam kalangan mereka ini mampu meraih pendapatan ribuan ringgi dengan hanya menjadi penghantar makanan.
Mana tidak seronok, kerjanya mudah, hanya menunggu order masuk dan hantar makanan kepada pelanggan, anda dibayar. Disebabkan inilah maka khidmat aplikasi penghantar makanan juga tumbuh banyak bagai cendawan.
Namun, langit tidak selalu cerah, disebabkan semakin ramai yang menyertai pekerjaan penghantar makanan, pendapatan rider makanan ni semakin merudum.
Penulis infokini ingin berkongsi pengakuan salah seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai wak_east

Abang wak_east ni berkongsi sebab kenapa pekerjaan ini makin lama makin tidak berbaloi
wak_east bekerja sebagai seorang penghantar makanan kini merasakan amat risau kerana sejak akhir-akhir ini, semakin ramai anak muda memilih untuk menjadi penghantar makanan. Kesan dari keadaan ini sudah pasti akan meningkatkan persaingan dalam kalangan penghantar makanan itu sendiri.
Jika dilihat dari segi pekerjaan, semua orang nak, mana tidaknya, hanya perlu memiliki motosikal dan lesen motor, tugas hanya menghantar makanan ke lokasi pelanggan, kerjanya sangat-sangat mudah. Tambahan pula, masa adalah fleksibel, semua orang suka kerja macam ni.
Tidak seperti dulu lagi, sekarang makin tenat..
Bagi abang wak_east, kerja sebagai rider makanan ni sudah makin meletihkan, tambah lagi dengan keadaan sekarang yang sudah bebas dari kawalan pergerakan.
Orang ramai sudah boleh bebas untuk ke mana sahaja, tidak bergantung sepenuhnya dengan penghantar makanan lagi untuk menempah makanan di rumah. Kesannya, ia semakin mengurangkan ‘job’ para penghantar makanan dan sudah pasti akan menjejaskan pendapatan mereka.
Kalau dulu bekerja beberapa jam sahaja, sudah banyak ‘job’ dapat dijalankan dan dapat mencapai target harian dengan mudah.

Tapi sekarang, kerja kami lebih kepada menunggu order berjam-jam lamanya. Sekarang pun, kalau nak capai target, kena bekerja sampai 12 hingga 15 jam. Nak kejar target punya pasal. Penat bukan kepalang!
Wak-east hanya sekadar berkongsi luahannya dalam bentuk video tiktok dimana, mungkin ramai anak muda diluar sana hendak memilih pekerjaan ini selepas ini.
Luahan wak_east sekadar memberikan nasihat, supaya anak muda fikirlah masak-masak terlebih dahulu sebelum buat keputusan ingin menjadi penghantar makanan.
Jika ada pilihan pekerjaan tetap yang lain, pilihlah pekerjaan lain yang lebih selamat dan terjamin.
Perkongsian wak_east ini turut mendapat respon yang ramai diruangan komen posting beliau seperti dibawah..

Selain itu juga, dalam info lain , penulis juga ingin berkongsi fakta terkini yang dikeluarkan oleh “Kajian Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan P-Hailing (Penghantar Makanan) Di Kalangan Bumiputera Semasa Pandemik Covid-19.
Data menunjukkan, 70.1% daripada mereka yang melakukan pekerjaan ini mengalami kecederaan dan kemalangan semasa bekerja.
Lebih menyedihkan lagi, 77% daripada pekerja yang malang ini tidak menerima sebarang perlindungan seperti faedah kecederaan atau kemalangan daripada penyedia syarikat P-Hailing.
Daripada data ini, dapat penulis simpulkan, perkembangan ini adalah kurang baik jika kita mengutamakan hak kita sebagai pekerja. Sudahlah pendapatan tidak terjamin, insuran pula tidak disediakan.
Namun, tidak salah untuk kita jadikan pekerjaan ini sebagai pekerjaan separuh masa sahaja untuk menambah pendapatan sampingan.