no comments

Itu Anak Orang Lain?

Nampaknya rakyat Malaysia masih tertanya-tanya mengenai status terkini khabar angin yang mengaitkan Baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tidak ada kenyataan rasmi bahawa bekas Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Rusia namum timbul punya khabar angin yang mereka sudah bercerai.

Sejauh manakah kebenaran cerita ini tidak boleh kita percaya 100% selagi tiada kenyataan rasmi dari pihak Istana Kelantan.

Rihana Oksana Petra adalah satu akaun di Instagram yang selalu membuat posting yang mengaitkan dirinya dengan baginda Sultan Muhammad V. Namun sejauh mana kebenaran yang akaun itu betul-betul tuan punya badan belum dapat dipastikan lagi.

Terbaru timbul pula isu yang dimana Rihana Oksana Petra selamat melahirkan seorang anak lelaki. Namun, persoalan yang timbul disini siapakah bapa kepada anak itu?

Melalui laporan akhbar Staits Times, peguam baginda Sultan iaitu Koh Tien Hua mengatakan bahawa sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa Sultan Muhammad adalah bapa kandung kepada anak Rihana seperti yang didakwa beliau sebelum ini di laman Instagram miliknya.

Koh Tien Hua yang mewakili Sultan Muhammad V berkata kepada Straits Times, “Tiada bukti objektif yang menunjukkan baginda adalah ayah biologi kepada bayi berkenaan.” 

Rihana memuat gambar dirinya bersama bayi dengan kapsyen “proud Malaysian blood flows in his vein”. 

Menurut Koh, pasangan itu bercerai mengikut undang-undang Islam pada bulan Jun lalu dengan talak tiga di hadapan saksi. 

Rihana dimaklumkan mengenai perceraian itu pada 22 Jun melalui peguamnya dan sijil perceraian juga telah diserahkan kepadanya. 

Tetapi Rihana menegaskan dia tidak mengetahui perkara itu minggu lalu. 

“Saya berada di Rusia bersama dengan anak saya. Kami tidak berada di Singapura pada bulan Jun untuk sebarang prosiding perceraian. Kami tak pernah bercerai,” katanya. 

Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun 2018 di mana ketika itu Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. 

Gambar majlis perkahwinan yang diadakan di Moscow pada November 2018 tersebar sehingga diketahui pihak media. 

Pada Januari 2019, Sultan Muhammad V membuat keputusan melepaskan takhta secara mengejut. 

Pada 6 Julai, Rihana memuat naik gambarnya dengan suami dan bayi. Namun pada 9 Jun, Rihana memuat naik kapsyen yang tidak diketahui motifnya. 

“The man who really loves his woman will do everything for his beloved one. Love and taking care is the base for strong and healthy relationship.

“A good husband will always support and be nice with his wife. Always is interested how does she feel and takes care of her, if she is tired. Always 100% keeps his promises. Always takes responsibility for the family and doesn’t put this responsibility on his wife’s shoulders. 

“During pregnancy he would give his wife increased attention, gifts and care. Relationships are based on how can people support and understand each other.

“Family is the result of the work of two people who can give love gratuitously.”

Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan yang akaun instagram atas nama Rihana Oksana Petra diurus oleh orang lain.

Reply