no comments

“Hari Ini Hari Apa? Hari Terkejut?” Sindir Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat status ringkas, padat dan penuh sindiran dalam status terbarunya di facebook.

Hari ini hari apa? Hari terkejut?”.

Pengguguran kes Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengejutkan ramai pihak dan ternyata Najib mempunyai cara tersendiri melontarkan pandangan beliau berhubung isu tersebut.

Dalam catatan terbaru di laman facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu hanya memuat naik satu status ringkas, ‘Hari ini hari apa? Hari terkejut?’.

Biarpun ringkas, tidak sampai 15 minit status itu dinaikkan, ia mendapat lebih 6,000 likes dan 1,200 komen dari netizens. ‘Troll’ dari bekas perdana menteri itu dilihat mencuit hati rakyat yang masih ‘terkejut’ dengan keputusan kes tersebut.

Kebanyakan netizen merasakan status terbaru dari Najib itu melucukan dan menghiburkan hati rakyat malah ada yang bergurau untuk menggazetkan 3 September 2018 sebagai ‘Hari Terkejut Negara’.

Keputusan Peguam Negara menggugurkan pendakwaan bukan sahaja mengejutkan Najib malah jutaan rakyat Malaysia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini dalam satu kenyataan ringkas menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Tidak terhenti di situ, ‘drama terkejut’ ini dimeriahkan lagi dengan dakwaan Peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh yang terkejut dengan kenyataan SPRM mendakwa keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara.

Sepanjang hari ini, perkataan ‘terkejut’ sangat popular dalam kalangan netizens yang mengaitkan perkataan tersebut dengan pelbagai perkara, ada juga yang tiada kaitan dengan kes Menteri Kewangan.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bebas daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng semalam susulan permohonan oleh Timbalan pendakwaraya Datuk Masri Mohd Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Pada 30 Jun 2016, Menteri Kewangan itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang, dibawah nilai pasaran.

Reply