no comments

Kembali Naik! Ini Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga Rabu Depan

Selepas tiga minggu berturut-turut minyak kekal dan turun, kini harga minyak kembali naik bermula esok hingga rabu depan.

Harga bahan api petrol dan diesel untuk minggu ini naik sebanyak 2sen dan 3sen.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, harga baru RON95 ditetapkan pada RM2.27 seliter manakala RON97 pula RM2.54 seliter.

Diesel pula akan diniagakan pada harga RM2.23 berbanding RM2.20 seliter pada minggu lepas.

KPDNKK menerusi Facebook mereka mengumumkan harga terbaru bahan bakar itu yang mana ketiga-tiga memperlihatkan kenaikan.

Menurut kerajaan, sistem penetapan harga minyak secara mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Harga baru ini berkuat kuasa bermula tengah malam ini 21 Disember hingga 27 Disember 2017 (rabu depan).

Reply