no comments

Ini Adalah Harga Terbaru Minyak Petrol & Diesel Bermula 26 Oktober Hingga 1 November 2017!

Sedia maklum, harga minyak petrol dan diesel kini diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Mekanisme harga minyak secara mingguan pula berkuat kuasa 29 Mac 2017.

Harga runcit mingguan bagi kedua-dua bahan api ini masing-masing mengalami kenaikkan. Harga Petrol (RON95 & RON97) naik sebanyak tiga sen, manakala diesel pula naik dua sen bermula tengah malam ini.

Bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November depan, harga runcit petrol RON95 naik daripada RM2.17 ke RM2.20 seliter, manakala RON97 daripada RM2.47 ke RM2.50 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.11 ke RM2.13.

Foto oleh – Malaysiakini

Harga runcit mingguan bagi produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Twitter rasminya, petang Rabu.

Mstar Online

Reply