no comments

Naik Lagi! Harga Baru Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga 14 Februari 2018!

Selepas mengalami kenaikkan pada minggu lalu, harga baru bagi petrol RON95 naik lagi 2sen dan RON97 pula 3sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Untuk seminggu mendatang, RON95 akan dijual pada harga RM2.33 seliter manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.61 seliter.

Bagaimanapun, harga diesel turun 3sen kepada RM2.31 seliter.

Kenaikan ini mungkin menimbulkan rungutan rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina pada 16 Februari depan.

Harga baru ini diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada setiap petang rabu yang akan berkuatkuasa bermula esok (8 Februari) hingga rabu depan (14 Februari 2018).

Malaysiakini

Reply