no comments

Turun! Turun! Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga Rabu Depan

Minggu lalu, harga bahan api bagi petrol dan diesel sudah catatkan penurunan. Minggu ini, harga runcit bagi semua bahan api berkenaan masih turun lagi dalam jumlah antara satu hingga lima sen bagi tempoh seminggu ke hadapan.

Harga petrol kedua-duanya akan turun sebanyak empat sen, menjadikan RON 95 dijual pada harga RM2.25 seliter manakala petrol RON 97 turun lima sen dan dijual pada harga RM2.52 seliter.

Sementara itu, diesel juga mencatatkan penurunan walaupun hanya melibatkan satu sen berbanding minggu lepas. Diesel Euro 2 akan dijual pada harga RM2.20 seliter, manakala diesel Euro 5 – seperti biasa akan mahal 10 sen – akan dijual pada harga RM2.30 seliter.

Harga runcit terbaru ini akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam nanti sehingga Rabu minggu depan, 20 Disember 2017.

Harga terbaru itu diumumkan oleh KPDNKK menerusi laman Facebook rasmi mereka @mykpdnkk.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Reply