no comments

Harga Baru Minyak Petrol & Diesel Bermula 23 November Hingga 29 November 2017

Selepas enam minggu berturut-turut harga minyak naik, rakyat malaysia akhirnya mendapat sedikit kelegaan apabila pada minggu yang mendatang, harga dua bahan api ini mengalami penurunan.

Bagi Petrol RON 95, harga turun sebanyak lapan sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.38 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala bagi petrol premium jenis RON 97 pula juga ditetapkan turun lapan sen kepada RM2.58 seliter, daripada harga sebelumnya iaitu RM2.66 seliter untuk tempoh seminggu akan datang

Harga diesel juga mengalami penurunan 2 sen daripada RM2.25 seliter kepada RM2.23 seliter.

Minggu lepas harga petrol mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenalkan sejak April lalu.

Diesel pula minggu ini buat pertama kali mencecah harga termahalnya. Dua minggu sebelum itu ia berada di kedudukan kedua termahal.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Perubahan harga minyak ini dimaklumkan menerusi stesen TV1 RTM, laman Twitter dan Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) setiap petang Rabu.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini (23 November) sehingga 29 November minggu depan.

Reply