no comments

Fitnah Skandal: Yusuf Azmi Dedahkan Ada Cubaan Menjatuhkan Ketua Pengarah SPRM

-Dipetik dari facebook, Yusuf Azmi (Aktivis PPIM/Semboyan1Malaysia)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan isu skandal Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Zulkifli di mana gambar peribadi beliau telah tersebar. Dari meja Yusuf Azmi pada semalam membincangkan isu ini.

Jelas Yusuf Azmi, aktivis Semboyan1Malaysia, hal ini adalah dikhuatiri unsur fitnah kerana beliau menganggap bahawa ada yang cuba ingin menjatuhkan Tan Sri Zulkifli dengan cara menyerangnya secara peribadi. “Khilaf seseorang manusia adalah tiada kena mengena dengan cara mereka mengendalikan jabatan mereka”.

Tambah Yusuf lagi, “Pada hari ini setiap kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang pasti akan ditentang oleh pihak yang tidak berpuas hati, ambil contoh saya sendiri. Saya menerima sangat banyak fitnah tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk ummah”

Tegas beliau isu ini adalah isu yang dibangkitkan kerana baru-baru ini SPRM di ketuai oleh Tan Sri Zulkifli berjaya menumpaskan ramai individu yang terlibat dengan rasuah.

Yusuf Azmi yang ditemui di pejabatnya di Villa Puteri semalam berkata beliau akan sentiasa menyokong Tan Sri Zulkilfli kerana menganggap beliau seorang yang luar biasa.

“Isu ini jikalau benar, itu antara beliau dengan Allah SWT. Jikalau tidak benar tanggungla orang yang menyebarkan berita fitnah sebegini.Bagi saya beliau sudah menjalankan tugas beliau sebagai seorang yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di Malaysia dengan sangat bertintergriti dan InshaAllah saya akan terus menyokong perjuangan Tan Sri.

Amat memerlukan kepada semua Masyarakat memahami keadaan dan tanggungjawab SPRM. Kalau seorang pemimpin seperti Tan Sri sendiri tidak disokong oleh ramai disebabkan berita yang belum tentu sahih.

Semua Pengguna di Malaysia harus faham sekiranya kita tidak menyokong kepimpinan di bawah kendalian Tan Sri akan lebih banyak lagi Pusat perjudian,Pusat Hiburan dan pelbagai aktiviti rasuah semakin merebak di seluruh malaysia.

 

Saya ingin menasihatkan kepada Badan Kerajaan atau mana-mana individu Parti Politik yang sedang mainkan isu ini mesti dihentikan segera kerana ini akan menimbulkan fitnah yang melampau. Saya yakin perkara sebegini sering berlaku sekiranya ada seseorang ingin melakukan perubahan kepada masyarakat dan negara untuk menumpaskan biokrasi di dalam kerajaan.

Yusuf Azmi (Aktivis PPIM)

Reply