no comments

“Ekonomi Negara Lingkup, Pelabur Lari.. Ramai Hilang Kerja Zaman PH”

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata; ekonomi negara dijangkakan akan lebih teruk dan lebih ramai orang akan hilang kerja dibawah pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH)

Menurutnya, perkara ini berlaku berpunca daripada urus tadbir kerajaan yang tidak efisien.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan menteri-menteri sibuk ingin bongkar skandal sensasi kerajaan dahulu, namun lupa nak buat kerja sebagai kerajaan sekarang untuk tangani masalah rakyat hari ini.

“Jika rakyat tiada kerja untuk makan, mereka tidak boleh tunggu 100 hari.

Dalam 40 hari semua ini telah berlaku sekelip mata. Jika tunggu 100 hari, tak tahu apa lagi akan jadi. Jika begini trendnya, ekonomi negara akan menjadi lingkup dan lebih ramai orang akan hilang kerja di Kerajaan mahupun swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwanya, trend terkini menunjukkan sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, kini tiba-tiba pelabur berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbilion-bilion Ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu kerana hilang keyakinan kepada Kerajaan untuk mentadbir ekonomi negara.

“Kalau sehingga dua bulan lepas kerajaan tidak pernah perlu buang orang kerja beramai-ramai namun merancang lagi untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan termasuk mengambil beratus ribu graduan bekerja di bawah SL1M, kini tiba-tiba berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam telah diberhentikan kerja oleh Kerajaan Pakatan,” katanya.

Justeru tegasnya, dalam mendepani isu ini, beliau rasa bertanggungjawab untuk menegur kerajaan sedia ada.

“Oleh sebab ini, saya ingin jemput Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng atau pegawai khas beliau, Tony Pua untuk berdialog dengan saya secara terbuka berkenaan ekonomi dan kewangan negara termasuklah hutang negara,” katanya.

Indeks FTSE Bursa Malaysia jatuh sebanyak 1% hari ini, menjadikan angka kejatuhan sebanyak 11% sejak paras tertinggi 2 bulan lepas. Jatuh 9 hari berturut-turut dengan ukurannya menuju paras paling rendah sejak Februari 2017.

Pencapaian saham Malaysia kini merupakan antara yang terburuk di dunia sejak April tahun ini. Pelabur asing yang cuba menyesuaikan dengan usaha perdana menteri baru mengawal hutang kerajaan meninggalkan pasaran dengan menarik keluar wang daripada dana ekuiti setiap hari sejak awal Mei.

Telekom Malaysia merupakan kaunter paling rugi dalam ukuran saham Malaysia hari ini, merosot sebanyak 12% berikutan laporan pengurangan harga perkhidmatan jalur lebar. Indeks penilaian jangkaan pendapatannya sebanyak 15.7 ganda bagi tahun depan menyamai purata 5 tahun syarikat itu.

Reply