no comments

Tak Tahu Berbilion Ringgit Masuk Akaun Peribadi, Najib Dakwa Penasihat 1MDB Rahsia Darinya

Datuk Seri Najib Razak mengulangi bahawa beliau tidak tahu-menahu bagaimana wang dari dana milik kerajaan Malaysia (1MDB) boleh masuk ke dalam akaun peribadinya.

Najib berkata, penasihat-penasihatnya serta pihak pengurusan serta lembaga pengarah 1MDB secara salah menyimpan dana itu dan merahsiakannya daripada beliau.

Najib dalam sebahagian daripada komennya yang paling meluas mengenai skandal 1MDB setakat ini berkata; beliau tidak tahu ratusan juta dolar digerakkan melalui akaun peribadinya adalah dari 1MDB.

Beliau turut berkata, Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai tanggungjawab untuk memberitahunya jika ada sebarang perkara yang salah.

Najib juga mendakwa tidak tahu dana itu akhirnya digubah untuk memperoleh aset di seluruh dunia, termasuk kapal pesiaran mewah, lukisan, permata dan hartanah bernilai tinggi.

“Saya tidak ada kaitan dengan kapal layar, lukisan… saya tak pernah lihat lukisan itu semua,” katanya.

Beliau juga menambah tidak tahu-menahu mengenai pembelian berkenaan.

“Ini dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan mengizinkan dana 1MDB digunakan untuk (membeli) mana-mana barang ini.

“Saya berada dalam kerajaan begitu lama, saya tahu mana yang betul, mana yang salah,” katanya pada sesi temu bual diadakan di sebuah vila mewah persendirian menghadap laut di sebuah hotel lima bintang di Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters, pihak berkuasa mempunyai “kes yang hampir sempurna” ke atas Najib untuk didakwa atas penyelewengan, salah urus serta rasuah berkaitan 1MDB.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close