no comments

Tun M Nak Mansuhkan ISA Sejak Tahun 1987 Lagi… Tapi, Tak Boleh Sebabkan….

Sejak keluar dari barisan kerajaan dan bersama dengan pakatan pembangkang, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering dihujani dengan dosa-dosa lampaunya ketika memerintah negara ketika dahulu. Antaranya peristiwa memali dan Akta tahanan ISA.

Tun Dr Mahathir terperangkap dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang dijalankan.

Tun M, dalam temu bual dengan portal berita dalam talian baru-baru ini, mendedahkan bahawa pihak polis bertegas mahu meneruskan ISA dan terus menahan seramai 106 orang pada 1987.

“Saya tidak bersetuju. Saya meminta pihak polis untuk menerima keputusan untuk menghapuskan ISA.

Polis tidak bersetuju. Saya terikat dengan nasihat keselamatan daripada polis, tidak boleh menentang mereka,” kata Tun M.

Tambahnya, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tun Hanif Omar, memberitahu bahawa seorang perdana menteri perlu mendengar nasihat KPN mengenai isu keselamatan negara.

“Dia cakap macam tu dan sebenarnya saya tidak menentang polis kerana saya bergantung dengan mereka. Keselamatan adalah kerja polis.

“Jadi jika dia kata kita perlu menangkap orang ini, maka teruskan,” kata Tun M.

Foto oleh – Wakeup Malaya

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menyokong tindakan polis terhadap ahli politik barisan pembangkang dan Barisan Nasional, para akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan termasuk tindakan menutup tiga akhbar.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan untuk membendung kekacauan yang berlaku di negara ini.

Tun M tidak berjaya memansuhkan ISA sehingga beliau bersara sebagai perdana menteri pada akhir 2003.

Akta tersebut akhirnya dimansuhkan oleh perdana menteri semasa, Najib Tun Razak pada 2012.

Bagaimanapun, Tun M menyenaraikan pemansuhan ISA sebagai salah satu sebab utama mengapa beliau menarik balik sokongannya terhadap kerajaan yang dipimpin Najib iaitu pada Ogos 2014.

Mstar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close