no comments

Telur Dadar Gebu

Telur Dadar Gebu

Bahan-bahan:

– 2 biji telur.
– Garam (secukup rasa).
– Cili (dipotong).
– Bawang besar (dihiris).
– Mayonis.
– Minyak.

Cara Membuat:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.

2. Rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.

3. Kemudian masukkan cili yang telah dipotong dan bawang besar. Boleh tambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.

4. Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.

5. Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu. Hidangkan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close