Resepi Ayam Goreng Crispy Yang Ranggup
Ayam goreng crispy sudah menjadi trending sekarang. Resepi yang mudah dengan bahan bahan yang sikit sahaja. Anak anak suka makan ayam goreng berbanding dengan lauk yang lain. Jadi saya sediakan cara yang paling mudah setakat ini.
Cara Memasak Ayam Goreng Yang Ranggup
Bahan utama nya adalah seperti berikut :
- Ayam
- Tepung Bestari ( Spicy atau Original )
- Tepung Goji
- MInyak Masak Paket
Langkah Pertama
Campurkan tepung Bestari dengan air dan jumlahnya bergantung kepada kuantiti ayam yang digunakan. Kemudian masukkan sedikit tepung goji dalam adunan tersebut. Gaulkan ayam dengan tepung dan perap selama setengah jam
Pastikan ayam tersebut sebati digaul dalam tepung
Langkah Kedua
Sediakan sartu bekas yang berisi air sejuk dan letakkan penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam air dan rendam didalam selama 2 3 saat kemudian celup tepung balik.
celup ayam terseut dalam 2 3 saat sahaja dan kemudian gaul balik bersama tepung sediaada.
Langkah ketiga
Tips yang penting pastikan minyak yang banyak dan cukup panas. Masukkan ayam tadi dalam periuk tersebut dan tunggu gorengan dalam anggaran 10 15 minit. Disini dah boleh nampak warna kuning keemasan akan sekiranya ayam dah masak sebati. Toaskan dan biarkan seketika
Minyak perlu melebihi rendaman ayam untuk gorengan sebati dimana kita tidak perlu terbalikkan ayam tersebut.
Langkah keempat
Ayam goreng crispy sudah siap untuk dihidangkan.