no comments

Lebih Awal: Tarikh Sebenar Anwar Bebas Bukan 11 Jun, Tapi Pada……

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Sri Wan Azizah memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada tahanan penjara pada 11 Jun depan. Bagaimanapun, hari ini Anwar dilaporkan bakal dibebaskan lebih awal iaitu pada tarikh 8 Jun 2018 (Jumaat).

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata pengiraan tempoh hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat Jabatan Penjara mengikut ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

“Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

“Justeru Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, berdasarkan pengiraan dengan remitan itu, tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018, tetapi berikutan tarikh itu jatuh pada Ahad dan 9 Jun adalah Sabtu, maka Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018.

Katanya, sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda.

“Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan,” katanya.

Tempoh hukuman penjara bagi Anwar selama lima tahun dipendekkan menjadi 3 tahun, dan hingga kini beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.

Anwar dituduh melakukan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpr antara jamĀ  3.1- petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

BHarian

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close