SULTAN TITAHKAN NAJIB ‘LETAK JAWATAN’ SEBAGAI PERDANA MENTERI SERTA MERTA..!!!
SULTAN TITAHKAN NAJIB ‘LETAK JAWATAN’ SEBAGAI PERDANA MENTERI SERTA MERTA
Sepujuk surat yang didakwa titah sultan kepada perdana menteri malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah tersebar… dimana isi surat berkenaan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai perdana menteri malaysia serta merta.
Namun, sultan manakah yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? Macam macam hal sekarang ini. Adakah anda masih ingat? Ada sebuah sekumpulan yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo di Istana Negara pada tahun lepas?
Anda boleh baca sendiri kandungan surat ini, terdapat beberapa perkara dan sebab mengapa Kerajaan Empayar Langkasuka menitahkan Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATOK SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
– Surat yang bertarikh 7 Mei 2014.
ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAAN.
TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RASMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.
Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar, menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.
Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.
Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.
Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka ini.
______________________________________________________________________
Sultan inilah yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kalau anda masih lagi ingat, dulu pernah sekali kecoh di media sosial kerana surat yang seperti ini telah dikeluarkan khas buat peminjam PTPTN kononnya pinjaman PTPTN bakal dimansuhkan di bawah pemerintahan Kerajaan Langkasuka, hish macam-macam betul! Ekoran itu surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook.