Gelagat Kucing Mesra Dengan Ayam Buat Ramai Terhibur. Si Oyen Sedih “Pinjam Bahu Kejap”
Kucing sudah sinonim sebagai haiwan peliharaan yang paling digemari dalam kalangan kita. Bukan sahaja seekor binatang berbulu yang comel, kucing juga terkenal dengan gelagatnya yang pelbagai yang pasti membuat kita tersenyum serta telatah mencuit hati. Kucing yang sudah mengenali tuannya akan menunjukkan sikap manjanya yang pasti akan menjadi penyeri kita di mana kita sedang sedih atau dalam kesedihan.
Bukan itu sahaja, kadangkala kucing mampu melakukan telatah yang cukup menghairankan yang mungkin kita tidak terfikir seekor binatang yang diketahui tidak mempunyai akal boleh melakukan sedemikian rupa. Seekor kucing yang sudah mengenali tempat tinggalnya akan pandai pulang sendiri ke rumah, kerana deria baunya dapat mengecam bau tuannya dan tempat tinggalnya.
Agak lucu juga apabila sekali sekala dia lewat pulang, kita sendiri yang menjemputnya dimana-mana tempat perkeliarannya, bila berjumpa, dipanggil terus menyahut dan datang kepada tuannya, itu juga adalah tanda bahawa kucing cukup menyayangi tuannya. Sangat comel kan?
Namun lain pula yang terjadi dalam satu video yang telah tular ini, kelakuan seekor kucing oyen ini ternyata benar-benar diluar kotak pemikiran kita. Video berkenaan telah tular dan menganggap ianya adalah satu rakaman yang cukup aneh dan unik tapi comel.
Terkini, dalam satu video tular yang telah dikongsikan di laman Tiktok oleh pemilik akaun @hafizapizz2 telah menunjukkan seekor kucing berwarna oren yang selalu dipanggil oyen sedang ‘menumpang kasih’ seekor ayam.
Apa yang menghairankan, gelagat si oyen ini dilihat sangat manja dan ‘sweet’ bersama ayam tersebut. Ia seolah-oleh memberitahu penonton hubungan mereka cukup akrab seperti hubungan yang ‘serius’.
“Part-Part persahabatan kucing dengan ayam jiran. Kantoi masa tengah ambil gambar 2 ekor ni” tulis @hafizapizz2 pada ruangan kapsyennya.
Semasa artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 345.k tontonan dan 28.6 tanda suka. Pelbagai komen telah diberikan dan rata-rata netizen sangat terhibur dengan video berkenaan.
Berikut adalah video yang telah tular tersebut:
@hafizapizz2 persahabatan kucing dan ayam..si bujur dan ayam jiran#fypシ゚viral #fypシ #funnyvideos #kucing #ayam#pecintakucing#pecintahaiwan ♬ Funny Song – Cavendish Music
Antara komen-komen netizen pada video berkenaan:
Oyen: thanks yam sudi kawan dengan aku, kawan aku semua pulau aku sebab aku terlalu gangster, seronok yam duduk dengan ko, rasa dihargai
sakan berchenta ko dik
pov, dia nak kawan dengan oyen sebab oyen ada kutu and dia nak makan kutu so dia ambik kesempatan atas oyen
lain macam persahabatan ye
Teringat pulak kucing aku dulu, kawan ngan anjing jiran, tiap hari anjing dok depan pagar, kucing dalam pagar, depa sembang
ghisau tengok cinta dua alam
dunia haiwan sekarang dah pelik2
cinta itu buta dan membutakan
5 Fakta Cara Kucing Memberitahu Dia Sayang Anda
1. Memejamkan mata secara perlahan-lahan
Pakar tingkahlaku kucing yang sangat terkenal telah menggunakan teknik ini untuk cuba menenangkan kucing yang sedang ketakutan supaya bertindak mempercayainya dalam sebuah rancangan berjudul My Cat From Hell. Anda sebagai pemilik juga boleh menggunakan teknik ini untuk menunjukkan rasa sayang anda kepadanya.
2. Memberi keizinan kucing melepaskan baunya kepada anda
Anda disyorkan menunjukkan jari telunjuk anda pada paras ketinggian hidung kucing tersebut, sekiranya kucing itu mendekat jari anda dan menyentuh jari anda dengan hidungnya, maka itu bermakna ia mahu berkawan dengan anda. Kemudian kucing tersebut akan menggesel pipinya pada tangan anda untuk melepaskan baunya kepada anda.
3. Melagakan kepala kepada anda
Salah satu cara kucing menunjukkan sayang adalah melagakan kepala. Sebagai pemilik kita akan merasa terharu apabila kucing anda datang kepada anda dan melagakan kepalanya, ini menunjukkan rasa sayangnya kepada anda.
4. Isyarat melalui suaranya
Kajian menunjukkan suara kucing jauh lebih kompleks dan pelbagai dari yang manusia tahu. Kucing peliharaan dilihat lebih vokal atau lantang berbunyi jika dibandingkan kucing liar. Itu adalah salah satu cara kucing berkomunikasi dengan anda.
5. Merapikan kucing anda
Kucing juga suka dibelai, biasa kita lihat kucing suka merapikan kawannya yang lain, namun sebagai manusia anda juga boleh merapikan mereka dengan cara memberus kucing sebagai kaedah anda menunjukkan rasa sayang anda kepadanya.