no comments

SPRM Tangkap Setiausaha Politik Menteri, Seleweng RM40Juta Dana Kementerian!

Pada jam 12.30 tengah hari tadi, seorang setiausaha politik kepada menteri yang juga bergelar ‘Datuk’ telah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di¬†Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata penahanan lelaki berumur 61 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“Ada tahanan besar di Putrajaya hari ini.”

“Lelaki berkenaan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan kita percaya beliau ada kaitan dengan empat lagi individu yang ditahan pada 13 September lalu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, hari ini.

Minggu lalu, SPRM menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk di beberapa tempat di Kuala Lumpur, selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan dana PTPK sebanyak RM40 juta daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian itu.

Dana berkenaan dikatakan bertujuan untuk disalurkan kepada syarikat yang terlibat dalam program latihan kemahiran tetapi diselewengkan.

Tiga daripada empat individu yang ditahan ialah pegawai kanan PTPK, manakala seorang lagi pengarah syarikat yang berumur 38 tahun.

Bagaimanapun, keempat-empat individu itu sudah dibebaskan pada 23 September lalu.

Sementara itu, Dzulkifli juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditahan berhubung kes tersebut.

Ditanya mengenai perkara itu, beliau menjawab, “Tunggu dan lihat.”

BHarian, Malaysiakini

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close