no comments

Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-bahan:

– 2 mangkuk nasi.
– 2 biji telur.
– 1/2 labu bawang besar (dihiris).
– 2 ulas bawang putih (dihiris).
– 1 1/2 sudu besar pes tom yam.
– Sedikit kobis dan sawi (dipotong).
– 5 biji cili padi – diketuk.
– 1- 2 helai daun limau purut (dihiris halus).
– 1 batang serai (dihiris halus).
– 1 sudu besar sos ikan.
– Sedikit hirisan lengkuas.
– Beberapa ekor udang/sotong.
– Minyak masak secukupnya.
– Garam secukup rasa.

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.

2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.

3. Masukkan udang, pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.

4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.

5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.

6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close