no comments

Resepi Nasi Goreng Hailam

Resepi Nasi Goreng Hailam

Bahan-bahan:

Nasi Goreng

– Nasi putih.
– 2 ulas bawang putih (dicincang).
– Kicap secukup rasa.
– Garam secukup rasa.

Kuah Hailam

– 1/2 kiub ayam.
– 5-6 ekor udang.
– 2 cawan air.
– 1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air).
– 2 sudu besar sos tiram.
– Sedikit serbuk lada hitam.
– Garam secukup rasa.
– Sayur-sayuran (kobis, bunga kobis, cendawan butang, tofu dan lain-lain).

Cara Memasak:

Nasi Goreng

1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng hingga rata.

2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.

3.  Boleh etakkan terus di atas pinggan.

Kuah Hailam

1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih.

2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.

3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.

4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.

5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.

6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close