no comments

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari.jpg

Resepi Mee Kari

Bahan-bahan:

– 1 bungkus mee kuning.
– 1 kg kerang direbus dan diambil isi.
– 2 bungkus rempah kari daging.
– 3 sudu cili serbuk (kalau nak pedas).
– Isi ayam di potong kecil.
– Kacang panjang.
– Fish ball.
– Fish cake.
– Santan secukupnya.
– Garam.
– Serbuk perasa.

Bahan Hiasan:

– Bawang goreng
– Taugeh di celur
– Daun bawang
– Daun sup
– Telur rebus
– Limau kasturi
– Cili merah atau hijau

Bahan Tumis:

– 3 biji bawang merah di mayang
– 3 ulas bawang putih di mayang
– 1 inci halia
– Daun kari
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 kuntum bunga lawang
– 5 kuntung bunga cengkih

Cara Memasak:

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.

2. Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan.

3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan santan, tunggu sampai mendidih.

5. Masukkan pula fish cake, fish ball, kacang panjang dan isi kerang.

6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, suaikan rasa. Bila dah masak hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close