no comments

Hanya Dijadikan PM Sementara Kemudian Digantikan Anwar.. Ini Respon Tun M!

Pakatan Harapan (PH) hari ini sepakat mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri (PM) ke-7, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Manakala presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah pada kemuncak Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC).

Dalam pengumuman sama, Saifuddin berkata, jawatan Perdana Menteri Malaysia ke lapan akan diserahkan kepada Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Tun M memberi respon dengan menerima jika khidmatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia hanya bertahan kurang sepenggal selepas PRU14.

Menurutnya, setiap keputusan untuk kekal satu penggal, ada proses yang perlu dilalui terlebih dahulu.

“Saya OK sahaja… semua bergantung pada keputusan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamatnya Konvensyen tersebut.

Jelasnya, pada usianya yang menjangkau 93 tahun, sudah pasti ia tidak mampu bertahan lama (sebagai Perdana Menteri).

“Saya tak akan bertahan selamanya… saya OK dan akan patuh dengan keputusan parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa tiada calon muda diangkat sebagai calon Perdana Menteri, Mahathir berkata, khidmat pemimpin muda akan digunakan dalam pentadbiran negara.

“Saya ada pengalaman dan mereka muda ada kemahiran, sama-sama guna untuk terus majukan negara,” katanya

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi yang dilihat tidak seimbang apabila Amanah hanya mendapat 27 kerusi daripada 165 di seluruh Semenanjung, Mahathir berkata, semua parti turut tidak berpuas hati.

“Bukan Amanah sahaja tak puas hati, semua parti pun tak puas hati, kira adillah tu. Kalau nak ikut, parti kita pun mintak lebih, tapi dapat banyak tu saja,” katanya.

BERSATU memperolehi paling banyak kerusi iaitu sebanyak 52 kerusi.

Berikut adalah persetujuan yang dicapai kepimpinan PH dalam pembahagian kerusi Parlimen di kalangan 4 parti itu di Semenanjung Malaysia pada PRU14;

  • PPBM: 52 kerusi
  • PKR: 51 kerusi
  • DAP: 35 kerusi
  • Amanah: 27 kerusi

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) mesti diadakan sebelum tempoh masa berakhirnya pada Ogos 2018, dengan tempoh masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan pada Mac atau April ini, selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Sinar Online

 

Reply