Pemuda 28 Tahun Nikahi Wanita 62 Tahun, Tak Sangka Bukan Calang-calang Orang Juga Isterinya Itu
Perbezaan umur dalam perkahwinan adalah cuma sekadar angka. Beza usia 34 tahun bukan halangan buat pemuda berusia 28 tahun ini untuk menikahi wanita yang bergelar ‘Datuk’ berusia 62 tahun.
Ashraf yang juga ahli perniagaan mendirikan rumah tangga bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang pada Jumaat lalu.
Ahli politik itu sudah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.
Menurut Dr Akmal, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain di satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.
Selepas saling mengenali, Zaleha dan Ashraf mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Zaleha ketika dihubungi turut memaklumkan beliau dan suami akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.
Katanya, hubungan mereka semakin serius dan berlarutan selama setahun setengah, sehingga masing-masing bersetuju untuk mendirikan rumah tangga.
Sejak Jumaat lepas, gambar pernikahan Zaleha yang memilih rona sedondon putih dengan pasangannya tular di media sosial dan menunjukkan perbezaan usia yang banyak bukan penghalang jejaka itu berjaya menambat hati Zaleha untuk dijadikan sebagai suri hati.
Sebilangan besar netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang membuktikan usia bukan halangan untuk dua jiwa disatukan menerusi ikatan pernikahan.
Kalau dah jodoh.. tak kemana. Betul tak?