1 comments

Kritik Agong: Peguam PKR Desak Polis Henti Siasat Kadir

Peguam PKR, Latheefa Koya mendesak pihak polis agar menghentikan sebarang siasatan ke atas Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin berhubung tulisannya berkaitan dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, tindakan menghalang rakyat bersuara itu tidak lagi diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) perlu sedar Malaysia tidak lagi di bawah pemerintahan BN yang menganiaya rakyat kerana bersuara.

“Sesiapa saja yang terjejas daripada artikel Kadir perlu memberi respons dengan bertamadun bukannya lapor polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, pihak yang terjejas boleh juga memfailkan saman fitnah terhadap Kadir

Hari ini, Fuzi mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap Kadir berhubung tulisan berkenaan RM256.9 juta dibelanjakan untuk Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 16 bulan.

Fuzi juga memberitahu akan membuka tiga kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Namun, menurut Latheefa tindakan itu mengejutkan dan tidak boleh diterima. Katanya, Mohamad Fuzi perlu bertindak konsisten dengan perubahan agenda yang dibawa oleh kerajaan hari ini.

One Response

  1. Hajili

Reply