no comments

“Media Terhad, Saya Sedih Tak Dapat Berhubung Dengan Rakyat”- Najib

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa sedih dalam ucapan rayanya di facebook, berikutan saluran media kini terhad untuknya berhubung dengan rakyat.

“Raya tahun ini berbeza, saya lebih banyak masa dengan keluarga.” Tapi rasa sedih juga tak banyak saluran berhubung dengan rakyat Malaysia, kecuali guna media sosial ini.”

“Walaupun hari raya tahun ini sudah tentu berbeza dengan hari raya sebelum ini di mana kita tidak lagi merupakan dalam pentadbiran kerajaan namun perjuangan kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menentukan negara kita sentiasa aman dan rakyat dapat pembelaan yang secukupnya insyaallah akan kita teruskan.

“Pada bulan Syawal ini eloklah kita mengeratkan silaturahim kita dan jika ada semasa kempen pilihan raya (PRU14) ada apa-apa yang telah dibuat ataupun dipertuturkan secara keterlaluan ambil lah kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silaturahim kita agar umat Islam tidak akan berpecah dan kita dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang atas nama bangsa, agama Islam dan negara Malaysia kita yang tercinta,” kata Najib dalam video itu.

Pada PRU14, Najib mengemudi BN ke kancah kekalahan pertama semenjak 61 tahun perikatan parti itu berkuasa.

Beliau yang kini disiasat berhubung penggubahan wang haram membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata, Ramadan ini amat mencabar baginya dan keluarga.

Beliau berkata beliau telah memperoleh “kebijaksanaan” daripada ujian tetapi tidak menyatakan apakah ia.

“Ramadan kali ini berbeza dengan yang sebelum ini kerana saya dan rakan-rakan bukan lagi dalam kerajaan.

“Ramadan ini keluarga dan saya melalui pelbagai ujian dan kami hadapi ujian ini sebagai cabaran kerana kebijaksaan yang kita kecap telah menyebabkan saya menjadi lebih ikhlas dan untuk menjadi lebih reflektif diri.

Katanya, rakyat Malaysia juga perlu memaafkan dan lupakan yang lepas dalam semangat Hari Raya.

Reply