no comments

“Saya Nak Bagitahu Tuan-Tuan Sekalian, Sayalah Penyebab Harga Durian Melonjak Naik” -Najib

Dikala ramai rakyat Malaysia tidak dapat menikmati durian kerana harga sesetengah durian yang melonjak naik, rupa-rupanya ia adalah jasa Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib, suatu ketika dulu beliau melihat lambakan raja buah itu di Chow Kit, dijual pada harga RM1 sebiji.

Namun katanya hari ini harga durian musang king melebihi RM100 sekilogram selepas Malaysia membuka pasaran baru di China.

“Saya nak beritahu kepada tuan-tuan sekelian, bahawa sayalah yang bertanggungjawab untuk meminta supaya durian dibenarkan dieksport di China

“Apabila saya jumpa pemimpin-pemimpin utama China, saya minta supaya durian diluluskan kemasukannya (ke negara itu). Hari ini (kita) sudah boleh eksport durian ke China.

“Ini telah menyebabkan ramai pengusaha mengeksport, mendapat harga yang lebih tinggi sebanyak lebih RM100 sekilo ke negara China,” katanya semasa berucap di majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan serta Festival Makanan Malaysia di Serdang Selangor hari ini.

Najib antara lain kini dikecam pengkritiknya kerana dasar pelaburan negara yang dilihat begitu terbuka dengan Beijing.

Pembangunan projek Forest City di Johor Bahru serta pembincaan Laluan Kereta Api Pantai Timur yang melibatkan China adalah antara isu yang menjadi ‘peluru’ pembangkang mengkritik Putrajaya.

Kata Najib beliau berjumpa seorang usahawan kecil dan sederhana dalam satu program kelolaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrian baru-baru ini.

Usahawan itu, katanya, menjelaskan dia tidak mempunyai bekalan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan durian di China.

Najib juga menegaskan bahawa kerajaan mesti mempunyai strategi global untuk berjaya.

“Kita tak boleh main di kelilingi kita saja, tak boleh nak jual barang di pasar tani (yang terletak) satu dua kilometer dari rumah kita saja.

“Kita mesti jadikan pasaran dunia, pasaran global ini sebagai pasaran untuk kita semua,” katanya.

Apabila Malaysia menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan global (global supply chain) yang akan menikmati keuntungan ialah petani, penternak dan nelayan.

“Jadi sebab itulah kita buat hubungan baik dengan kuasa-kuasa ekonomi besar di dunia.

“Itu manfaat yang kita boleh terima, selain kebaikan-kebaikan lain,” katanya.

Malaysiakini

Reply