1 comments

Najib Di Langkawi Nak Lari Ikut Siam? Ini Penjelasan Dari Polis

Dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya berada di Langkawi untuk lari ke luar negara melalui Siam (Thailand) hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dan memberi tekanan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata; penyebaran berita seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Beliau berkata polis sedia maklum dengan kedatangan Najib serta keluarga ke pulau pelancongan itu untuk bercuti.

“Beliau (Najib) datang ke Langkawi hanya untuk bercuti bersama keluarga dan ada bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) serta pemimpin lain.

“Bagaimanapun ia hanya perjumpaan biasa dan bukannya diadakan mesyuarat sebaliknya beliau sudah dua hari bermain golf di pulau itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainal berkata, lagipun pegawai keselamatan bekas Perdana Menteri itu pun ada bersamanya di Langkawi.

Juga dakwaan Najib dan Rosmah kononnya mahu melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuannya di Almaty, Kazakhstan viral dalam media sosial apabila mereka dilihat membawa 30 beg.

Seorang pemilik akaun FB dalam statusnya meminta polis memantau pergerakan Najib yang didakwa khuatir akan melarikan diri ke luar negara.

Najib dan Rosmah bersama 12 ahli keluarga yang lain tiba di pulau peranginan bebas cukai itu pada 7.50 malam tadi untuk bercuti sempena Aidilfitri. Mereka sekeluarga disambut pemimpin Umno negeri dan difahamkan menginap di St Regis Hotel, Langkawi.

Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, Najib bersama ahli keluarganya sering bercuti di sini pada hari raya untuk berehat.

Najib yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara sejak Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada 9 Mei lalu.

Percutiannya ke Indonesia sebelum ini gagal selepas dihalang pihak Imigresen. Imigresen juga mengesahkan Najib dan Rosmah disenarai hitam untuk keluar meninggalkan negara.

One Response

  1. YY

Reply