no comments

Selepas Pulang Dari AS Ini 2 Perkara Penting Najib Lakukan Yang Buat Ramai Terkejut

Buat rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pasti tahu mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lawatan Najib ke Amerika Syarikat itu banyak memberikan kesan besar kepada negara kuasa besar itu. Anda boleh membaca mengenai laporannya di bawah ini:

1.“Jumpa Trump Bukan Nak Mintak Duit, Tapi Nak Bagi Duit Pada US” – Najib

2. Demi Membantu Ekonomi Amerika Syarikat, Malaysia Sedia Beli Pesawat Bernilai RM42 Billion -Najib

Beberapa jam yang lepas Dato’ Sri Najib Tun Razak telah selamat tiba di tanah air Malaysia. Untuk pengetahuan semua, 2 perkara penting yang beliau lakukan sebaik sahaja tiba di Malaysia adalah.

1.Melawat Makam Almarhum Tuanku Abdul Halim

2.Melawat tapak kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

Onwi Hj Harun dalam postingnya di “Group Friends of UMNO” membuat posting yang berbunyi:

Aku kagum dengan DSN ini bukan kerana tidak ditahan oleh FBI tetapi kerana ketahanan mental dan fizikalnya megharungi pelbagai tohmahan dan kecaman daripada pihak lawan dengan tenang dan sabar.
Perjalanan yang jauh KL- New York melebihi 20 jam, pertukaran masa siang dan malam melebihi 12 jam, bertolak pulang singgah pula di London kemudian terus menziarah makam Almarhum Sultan Kedah lepas itu terbang lagi ke KL dan terus pula ke Pusat tahfiz bersama Agung.
Walaupun umur ku sebaya dengannya, aku tak mampu jadi Najib.

Reply