no comments

“Saya Tanya Najib, Kenapa Buat GST? Nanti Rakyat Marah! Tapi Ini Pula Yang Dia Jawab…” Rosmah

Sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada April 2015, Datin Seri Rosmah Mansor sudah mempunyai firasat bahawa ia akan mengundang kemarahan rakyat.

Bagaimanapun, isteri Perdana Menteri itu menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan GST bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat. Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundang kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.

“(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab, nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

“Saya pernah tanya kenapa buat GST, nanti orang marah. Dia (Najib) kata; saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis,” katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

“Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, beliau (najib) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat,” katanya lagi.

 

Dalam temubual itu juga, Rosmah turut akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar.

“Orang ramai dapat perhatikan beliau seorang yang betul-betul penyabar. Saya hairan bagaimana beliau boleh sabar. Tetapi dia kata ‘don’t cross the line’ (jangan melampaui batas),” katanya.

Rosmah juga sempat bergurau mengatakan, “kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi.. lebih baik kita lari.”

Ketika menjawab tentang anasir kebencian terhadap suaminya yang kian menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata; itu budaya yang tidak sihat.

SinarHarian, Bernama Radio

Reply